:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog ODOJ one day one juz; program bacaan al-Quraan dan mentadabbur tafsir al-Quraan demi membentuk Generasi Cintakan KalamuLLAH :::: Terima Kasih ::::

Friday, August 29, 2014

Kelebihan al-Quraan

0 comments

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.



Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.



Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

Leave a Reply

ikhtiar rawatan